Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia |
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas
pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang
peniaga air bulan lepas.
Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya
Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu
terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan,
Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.
Jaafar
dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen
304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa
Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan
seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Datuk Abd Halim
Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang
jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya
merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari
pula adalah ibu saudaranya.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz
membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan.
- Bernama
Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.
Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.
Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Sila baca:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.