Destinasi pilihan kali ini adalah di Kuching Sarawak bersempena sambutan Hari Malaysia ke 49 tahun.
Program
yang juga dikenali dengan nama "Dialog anak muda bersama Dato Seri
Anwar Ibrahim " itu diadakan untuk memberi ruang bagi anak-anak muda
berdailog secara terus dengan Ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu.
Dalam
program itu berbagai soalan dikemukakan oleh anak-anak muda kritis,
mereka bertanyakan banyak soalan berkenaan hala tuju pentadbiran
semenanjung dengan Sabah dan Sarawak yang dilihat sedikit dipingggirkan
oleh kerajaan sedia ada.
Anak-anak
muda ini juga bertanyakkan banyak persoalan tentang dasar-dasar yang
akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan rakyat jika diberi peluang
memegang tampuk pemerintahan nanti,
Bermula
pada jam 2.00 petang dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang, program
yang di adakan Hotel Grand Continantel Kuching itu turut dihadiri
beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya YB Zuraida kamaruddin, ketua
Wanita Pusat PKR, YB Sivarasah, YB Ali Biju yang juga Adun Krian, Tan
Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir dan beberapa pimpinan Pakatan rakyat
lain.
Selain
itu program petang itu juga menerima kehadiran mengejut seorang pelakon
yang kini bergerak cergas bersama Pakatan rakyat, saudara Hairie Othman
yang pernah melakonkan watak Leftenan Adnan turut bersama dengan
anak-anak muda pada program petang itu.
Program
yang pada awalnya mensasarkan seramai 100 disifatkan sangat berjaya
kerana berjaya menarik sejumlah lebih 200 orang tetamu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.