
PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.
Kereta beliau dari jenis Kia Spektra
itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya
pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa
kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia
diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini
menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar
perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu
laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu
awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia
melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nampaknya
kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada
ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu
kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya,
tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun,
mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam
kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat
Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit.
"Harap..
jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan
oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat
minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga
diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya.

Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan

Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan
[Kejadian
yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata
rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun
mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang
dilakukan ia menjurus ke arah itu.
Jika tidak mana mungkin dua kejadian
yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian
suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan
di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program.
Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap
ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak
dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat.
Namun, bagai
direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti
ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara
profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim
tetap tabah menghadapi musibah ini].
PDO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.