RAUB,
10 SEPTEMBER: Rakyat Pahang diseru supaya menumbangkan kerajaan UMNO-BN
negeri ini demi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan
mereka terjamin.
Menyentuh
isu serius perlombongan menggunakan bahan kimia sianida di Raub dan
kilang pemprosesan nadir bumi oleh LYNAS di Kuantan, Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada cara lain selain melakukan perubahan.
“Kalau
tidak ada perubahan kerajaan, syarikat gali emas menggunakan sianida
oleh RAGM (Raub Australian Gold Mining sdn. Bhd) akan terus beroperasi.
Kini, rakyat di Raub sudah bersuara untuk menghentikan penggunaan bahan
kimia tersebut.
“Tetapi
kerajaan BN tidak benarkan ia berhenti. Merka cuma nak dengar suara
wang jatuh sahaja.” ujar beliau ketika berucap di konvensyen Tahunan DAP
negeri Pahang semalam.
Membidas
Ahli Parlimen Raub Ng Yen Yen, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau
Pinang itu berkata bahawa menjadi seorang menteri bukan bermakna
mendapat hak untuk mengkhianati serta mengetepikan kepentingan rakyat
dan menguntungkan sesetengah pihak.
“Apa
guna mempunyai Menteri Pelancongan yang banyak menghabiskan masa
melancong ke luar negara dari menyelesaikan masalah di kawasan yang
diwakilinya?”
“Tidak
ada maknanya juga kalau mempunyai Menteri Kesihatan yang menyokong
kilang pemprosesan nadir bumi LYNAS dan RAGM yang membahayakan kesihatan
kita.”
Di
kesempatan itu, beliau turut memuji semangat dan keberanian rakyat di
Raub menghadiri himpunan membantah penggunaan bahan kimia sianida pada 2
September lalu.
Usul menentang penggunaan sianida diluluskan
Ketika
ditemui, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang Tengku Zulpuri Shah
berkata, konvensyen DAP Pahang kali ini meluluskan untuk bersetuju tidak
menghalang sebarang aktiviti perlombongan.
“Yang kita tidak bersetuju adalah penggunaan bahan kimia sianida. Kita melihat penduduk harus diberi keutamaan”
Menurut
beliau, peraturan pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sebarang
aktiviti perlombongan di sesebuah kawasan penempatan adalah 500 meter
dari jarak rumah penduduk. Tetapi ini tidak berlaku di lombong RAGM
Raub.
Selain
itu katanya, “Mengikut peraturan, penduduk harus diberitahu kaedah
perlombongan untuk setiap lombong yang nak dibuka. Mereka akan buat
bancian pendapat penduduk. Tetapi ia tidak dilakukan.”
Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.