Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon
7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang
dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.
“Pemilik jet itu
membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan
di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya
pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Kata Anwar lagi,
sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada
pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan
memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR)
'rakannya' itu menafikannya.
“Bantuan itu tidak terikat dengan
apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk
menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau
boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.
Anwar yang juga Ahli
Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut
berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan
Awam.
Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala
Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.