Followers

Friday, August 3, 2012

Terbongkar - Agenda Jahat SYABAS!

 
Agenda jahat SYABAS mendera rakyat Selangor dengan sengaja mengadakan krisis ketiadaan air telah didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

SYABAS perlu bertanggungjawab kerana punca sebenar krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong dan beberpa tempat yang berlaku adalah disebabkan kecuaian SYABAS mengendalikan operasi rawatan dan pengedaran air di Selangor

Kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh SYABAS adalah punca sebenar berlakunya krisis ketiadaan air tersebut.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran. 


Al - Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.