GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.
Bagaimanapun,
penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak
apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.
Sehinggakan,
soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul
anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah
Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.
Farah
Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas
menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.
"Cukuplah
saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak
sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof
Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar
semalam.
Farah
yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu
teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi
selepas ini.
Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?
"Mereka
yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang
baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak
boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika
ditemui di akhir program itu.
Bagaimanapun,
beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang
memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan
daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.
Detik-detik penghijrahan
Menceritakan
detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini
ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan
dilupakan sampai bila-bila.
11
tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun
Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia
hiburan.
Rupa-rupanya,
Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan
banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.
"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.
Malah
beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat
dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol
musim ke-2.
Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.
"Waktu
itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan
balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang
sepintas lalu.
"Saya
mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu
juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya
betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat
nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.
Peristiwa
itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan
kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan
hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau
mengaminkan doa.
"Saya
menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan
azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa
selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut
Islam," katanya.
Sebelum
kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau
tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.
Farah
turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan
rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt'
pendek untuk menghadiri satu majlis.
Bagaimanapun,
Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah
sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang
membuatkan hidupnya begitu tenang.
"Saya
juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha
Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti
dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.
Kini,
beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit
Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru
buat dirinya.
Penyanyi
lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang
keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia
adalah penyanyi tempatan.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.