Apakah
majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September
yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua
'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita
tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan
memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim
sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan
Sarawak muasir ini.
Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan
Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia,
penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji
lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara.
Sudah dua kali Anwar
menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap
juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat
'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah.
Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau
sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih
aktif dan terus memainkan peranan.
Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah
pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih
memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak
Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin.
Kalau
pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik
mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?
Mahathir
berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah
pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihormati.
Apa
tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan
mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula
di bangku sekolah lagi.
Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan
bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas
keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal
dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah
dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya
akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia.
Istidraj
politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi
pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah
dan Sarawak?
Tanda-tanda
awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan.
Selepas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak
pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi.
Justeru
ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya
masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan
beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua
ini sedang berlaku di Sarawak?
Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha
Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap
menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha
Najib.
Perkembangan
yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang
tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak
termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan
memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan
(Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak?
Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna
di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah
difahami searif mungkin.
Jika
hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat
usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti
hari ini.
Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh
meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara
dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib.
Tetapi apabila dua
menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang
bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua
menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji
ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli
menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif
ini kalau tanpa restu Taib.
Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya
mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasaan inilah yang
perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.
Bagi
seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah
untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna
wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini
adalah terbaik.
Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan
tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat
BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib.
Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik
akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis
dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.
Apa
perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya
negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur
demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di
hati Taib.
Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap
ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak
mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamaina untuk bermain dengan
kuasa politik?
Mungkin
Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam
keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi
fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah
beruk ke atas Najib.
Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi
menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib
pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan
kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib
Najib boleh jatuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil
fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah
Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib
dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib
akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah
dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini.
Beliau akan jadi seperti kucing
kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin
bertimbun dan menyerabut.
Dalam
pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai
bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan
dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar
kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.