Mengikuti
perjalanan politik Tun Mahathir sejak bersara pada 2003, sukar untuk
kita melupakan kaitannya dengan doa bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang
pernah mendoakan agar bekas PM itu dipanjangkan umur untuk menyaksikan
sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara
pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan
kadang-kadang tiada perikemanusiaan.
Sejak melepaskan jawatannya kepada Pak Lah, beliau hanya menikmati masa rehat seketika saja. Selepas itu, kerana 'panas hati' dengan pembebasan Anwar oleh Pak Lah dan gelagat apa yang selalu disebutnya 'budak-budak tingkat 4' yang diketuai oleh KJ, Mahathir kembali menyingsing lengan turun ke gelanggang politik.
Beliau memusuhinya pengganti yang dipilihnya sendiri. Kemudian beliau juga bertindak keluar daripada UMNO dan hanya kembali menyertai UMNO sebaik Najib menjadi PM.

Jika diimbas pelbagai ucapan dan kenyataan Mahathir ketika itu, dapat dilihat jiwanya yang sengsara selepas ketiadaan kuasa. Dengan nikmat 22 tahun menjadi PM dan anak-anaknya menjadi kaya raya melalui UMNO, beliau bertindak memusuhi UMNO dan pemimpinnya melebihi apa yang dilakukan oleh pembangkang sendiri.
Ketika itu kita mula memikirkan doa Fadzil Noor mulai dimakbulkan.
Hari ini, dengan pilihanraya makin hampir dan Najib serta UMNO dilihat masih gagal meraih sokongan yang mencukupi daripada pelbagai kelompok mengundi, Mahathir masih aktif bersuara. Kadang-kadang beliau bercakap seolah-olah dirinya masih lagi PM yang berkuasa. Selalu juga hujahnya agak merapu dan menyusahkan Najib sendiri.
Terbaru beliau mengajak Pas supaya bersama dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. Sambil mengajak Pas supaya meninggalkan PKR dan DAP, beliau berkata hanya dengan bersama UMNO saja hudud dapat dilaksanakan di negara ini.
Sementara kita memahami bahawa niat beliau hanyalah untuk memecahkan perpaduan antara Pas, PKR dan DAP serta menngelakkan Anwar daripada menjadi PM, kita juga tentunya tidak mudah lupa pelbagai komennya yang dianggap menghina hukum hudud itu sendiri.
Beliau bukan saja menentang hasrat Kelantan mahu melaksanakan hukum itu bahkan juga mengejek hudud terutama yang berkaitan hukum potong tangan. Ejekannya pula bukan sekali, tetapi berkali-kali.
Mahathir bercakap soal hudud seolah-olah beliau masih PM sedangkan Najib sendiri bertegas menolak hudud dan berjanji hukum itu tidak akan dilaksanakan selagi beliau dan UMNO berkuasa. MCA sendiri, rakan utama UMNO juga menolak hudud.
Jadi, tiada asas suara Mahathir bahawa UMNO akan melaksanakan hudud di negara ini. Tetapi Mahathir hanya menggunakan hudud sebagai umpan politik untuk memastikan UMNO terus berkuasa walaupun beliau pernah menolak dan mengejeknya dahulu.
Namun suara Mahathir mengenai hudud ini tentunya menyusahkan Najib dan UMNO. Sebab itu tiada pemimpin UMNO yang berani bercakap mengenainya. Sekali lagi perangai Mahathir ini mengingatkan kita kepada doa Fadzil Noor itu. Mahathir tanpa sedar telah merapu dan sanggup menjilat ludahnya sendiri.
Melalui tulisan terbaru di blognya, dalam usaha mengajak rakyat terus memilih UMNO dan menolak PR dan Anwar dalam pilihanraya akan datang ini, beliau membuat perumpamaan bahawa lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali.
Perumpamaan itu secara tidak langsung bermaknaMahathir mengakui UMNO itu umpama syaitan yang penuh dengan sifat jahat dan keji. Tetapi beliau tetap mahu rakyat memilih syaitan juga berbanding malaikat.
Dengan analogi ini ternampak bahawa Mahathir semakin terdesak untuk memastikan UMNO terus berkuasa. Beliau nampaknya terlalu ingin mempertahankan legasinya dan kepentingan anak-anaknya dalam pelbagai bidang yang beliau percaya hanya boleh dipertahankan jika UMNO terus berkuasa.
Memang rakyat mengakui pelbagai sumbangannya selama 22 tahun berkuasa tetapi seiring dengan itu kerosakan kepada sistem politik dan pentadbiran negara juga berlaku dengan berganda. Nepotisme dan kronisme turut berkembang biak selama beliau berkuasa, sementara anak-anak dan keluarganya mendapat limpahan nikmat umpama syurga.
Analogi syaitan dengan malaikat memang nampak merapu. Syaitan hanya tahu melakukan kerja-kerja jahat sementara malaikat hanya tahu melakukan kerja yang baik.
Sekali lagi tindakan merapu Mahathir ini menyusahkan Najib dan UMNO. Dengan mengumpamakan UMNO sebagai syaitan, tentulah tidak ada manusia yang waras mahu bersama dan menyokong parti itu lagi. Ia juga terus mengingatkan kepada doa yang pernah dilafazkan oleh Fadzil Noor sebelum ini.
Dengan peredaran masa, Mahathir akan terus bersuara. Mungkin banyak lagi suaranya yang menyusahkan akan keluar dan menyebabkan rakyat yang rata-rata semakin cerdik sekarang ini makin menjauhi UMNO serta kerajaan yang ada.
Baiklah kita juga sama-sama mendoakan agar Tun Mahathir terus panjang umur dan dapat menyaksikan sendiri kejatuhan UMNO itu sebahagiannya dalah berpunca daripada dirinya sendiri.

Pencacai Semalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.