Seorang
timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk
mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam
buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah
memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.
Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu
sekali
di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia
(Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk
menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.
"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.
Tawaran
itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya
supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.
Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.
Dia
kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk
menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan
bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".
Akuan
bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang
mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun
Razak dengan Altantuya.
najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak
dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul
Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.
Abdul
Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit
Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah
disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
TukangLawan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.