Followers

Saturday, August 4, 2012

Olimpik 2012 : Peluang Chong Wei Rangkul Emas Tun Izhalmi


alt
LONDON, 4 Ogos - Perlawanan akhir badminton lelaki Ahad ini adalah ulangan Beijing 2008 empat tahun lalu menyaksikan pertembungan hebat di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan.
 
Juara bertahan, Lin berjaya menumpaskan pemain dari Korea Selatan Lee Hyun-il, yang juga pemain nombor tujuh dunia pada perlawanan separuh akhir pertama dengan keputusan 21-12 21-10.
 
Chong Wei pula terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pemain nombor tiga dunia dari China Chen Long dengan keputusan 21-13 21-14.
 
Chong Wei dan Lin mempamerkan aksi cemerlang sepanjang temasya sukan Olimpik di Kota London ini. Namun Chong Wei mungkin bakal merasa beban untuk memastikan negara membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik.
 
Sekiranya Chong Wei berjaya merangkul emas dalam perlawanan akhir ini, limpahan ganjaran menanti beliau termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
 
Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.
 
Chong Wei perlu fokus dan tenang menjelang perlawanan akhir esok dalam memastikan pingat emas pertama dalam sejarah sukan Olimpik untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.