Sementara
Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan
beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN
tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu
Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad.
Ternyata
Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar
Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.
Walaupun
Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan
gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya
melonjakkan markah untuk dirinya.
Sokongan dan minat orang ramai kepada
BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir
terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya
dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan
jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang.
Penampilan
dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar
menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah
mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.
Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir.
Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu
Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN
lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.
Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi.
Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi.
Syaitan telah terang-terang memperakui akan
melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda
manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali
di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama
ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat.
Inilah
kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau
tidak ditegur.
Berlainan
dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir
dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik
mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa
rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia.
Malaikat sama ada kenal atau
tidak dia tetap akan membawa rahmat.
Syaitan
walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan
kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini
Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya
menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti
hari ini?
Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti.
Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga
Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.
Perumpamaan
dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang
agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan
mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu.
Melainkan mereka yang
jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan
menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu
musuh yang perlu ditinggalkan jauh.
Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.
MasyaAllah
tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan
kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan
bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah.
Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan
syaitan.
Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan
kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang
tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga
untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh
Mahathir.
Satu
masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai
jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan
janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan
ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu
itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.
Begitu
sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan
Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan
akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup
lumur hanyir.
Mengenai
Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka
orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden
Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik
ala-ala budak.
Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan
janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai
janji politik.
Katanya
politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak
ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal
dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang?
Kalau
Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.
Tidak
payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir
ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu.
Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui
bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya
akan membankrupkan negara?
Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus
membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh
emosional yang disiarkan media PB itu.
Duhai
Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan
hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan
tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam
internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.
Kalaupun
hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan
lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita
menjadi tikus yang cuba membaiki labu.
Kalau diperhatikan banyak
pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela
membawa celaka. Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan
(bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib
sebagai seorang perdana menteri.
Sebagai bekas PM Mahathir tidak
sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.
Tindakan
atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana
dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada
Najib.
Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih
kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua
pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?
Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.