Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?
Kalau
bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup,
mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah
benar.
Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.
Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.
Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?
Ritual
ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan
tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari
jasad.
Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan
menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati
walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.
Kemudian, mayat si
mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli
keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.
Selepas
itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati
dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi
hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.
Ritual
seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang
dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga
mereka yang masih hidup.
Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya
mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan
dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup.
Ahli keluarga
yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman,
keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’
itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan?
Oleh: NAIMAH SHAARI/
mynewshub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.