BANGUNAN usang Pacific Mall di Jalan Storey yang telah lama terbengkalai menjejaskan imej bandar raya Johor Bahru.
JOHOR BAHRU - Selaku pintu masuk utama pelancong dari selatan tanah air, kepesatan pembangunan di bandar raya Johor Bahru sememangnya mengagumkan.
Bagaimanapun,
di sebalik kepesatan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan
menara dan bangunan tinggi, timbul kecacatan apabila terdapat banyak
bangunan komersial yang terbengkalai.
Selain
mencemarkan pemandangan, kebanyakan bangunan yang hampir siap tetapi
dibiarkan kosong selama bertahun-tahun itu turut mengundang pelbagai
masalah sosial serta kesihatan kepada penduduk setempat.
Sebanyak
13 projek bangunan komersial di Johor Bahru dilaporkan terbengkalai,
namun terdapat tiga bangunan utama yang cukup ketara kelihatan pada
pandangan orang ramai kerana terletak di lokasi strategik di pusat
bandar raya ini.
Ketiga-tiga
bangunan tersebut ialah Kemayan City di Jalan Skudai, Pacific Mall di
Jalan Storey dan JB Waterfront City di pesisir pantai Lido yang
sepatutnya mampu menambah tarikan kepada aktiviti pelancongan dan
membeli-belah di Johor.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.