Kontroversi filem Tanda Putera: Kencing di bawah tiang bendera dan gambar 1984 digunakan untuk fitnah 13 Mei 1969
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi
tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman
rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada
26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu
Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan
untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris
Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen
tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan
kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris
menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.
“Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, saya tidak dibenarkan
masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar
saya untuk mengulangi ucapan Parlimen saya terhadapnya di Sandakan pada
pagi hari yang sama jua!” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau
meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta
diangkat masuk ke dalam kapal terbang.
“Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota
Kinabalu dimana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi
Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969,” tambah beliau.
Katanya, amat menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan
Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan
perpaduan yang diversif dan berbilang kaum.
Namun, ujar beliau, ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan
syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di
negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan
sejarah tanahair ini. – Roketkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.