Maka
adalah lebih baik dan bertepatan dengan desakan Sivarasa (gambar) dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan supaya satu suruhanjaya bebas
ditubuhkan bagi menyiasat percanggahan antara dua akuan yang dibuat
Balasubramaniam. Desakan itu sudah lama.
Tambahan pula apabila memandangkan Utusan Meloya cuba membersihkan imej PM Najib.
Ingat lagi kah baahawa pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam dalam satu sidang akhbar bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR telah mendedahkan mengenai hubungan langsung Timbalan Perdana Menteri bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.
Selang tiga hari selepas itu, pada 4 Julai, Tiba-tiba Bala telah menarik balik tuduhan itu.
"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya.
Dalam Akuan Sumpah pertamanya itu, Bala mendedahkan bahawa Abdul Razak pernah memberitahunya yang mendakwa Najib pernah melakukan hubungan seks luar tabie dengan wanita Mongolia yang diletupkan itu, Altantunya Sharibuu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.