Followers

Wednesday, July 25, 2012

[Video] Khairy Setuju dengan Soalan Kereta Import Murah Akan "Membunuh" Proton






Saya tidak pasti sama ada Rafizi ada mengatakan bahawa Pakatan akan MENGHAPUSKAN secara keseluruhan cukai yang disebut oleh KJ.  
 Rasanya dalam petikan berita itu tidak dinyatakan bahawa Pakatan akan MEMANSUHKAN cukai yang dikenakan terhadap kereta import.

Lupakan bab ekonomi, janji, dan sebagainya.

Pada TM, hujah mengaitkan penurunan cukai dan duti import akan memusnahkan Proton, Perodua adalah hujah yang menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dan memainkan sentimen patriotisme untuk tujuan tertentu. 
Malah hujah ini diguna pakai sejak dahulu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan cukai terhadap kereta import sehingga menjejaskan peluang rakyat Malaysia membeli produk alternatif pilihan mereka.

Persoalannya di sini bukan isu patriotisme atau ekonomi semata-mata. Persoalan yang penting ialah kemampuan Proton dan Perodua menghasilkan produk yang berkualiti. 
Logik akal, jika Proton dan Perodua dapat menghasilkan kereta yang original, berkualiti, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, maka importlah kereta dari negara manapun, orang ramai akan tetap memilih produk Proton dan Perodua. 
Hal ini demikian kerana sudah menjadi tabiat manusia yang waras untuk membeli sesuatu yang berkualiti. Kata orang, alah membeli, menang memakai. 
Sudah 27 tahun Proton beroperasi, cuba senaraikan produk syarikat tersebut yang dihasilkan 100% daripada idea atau bahan tempatan. Begitu juga Perodua. Jika di dunia ini ada lagu saduran, dalam industri automobil pun ada istilah itu.

Mengapa hal ini berlaku? Semuanya gara-gara produk syarikat automobil tempatan dilindungi oleh dasar yang "tidak membolehkan", "tidak menggalakkan" syarikat dan kepakaran anak tempatan benar-benar bersaing dengan syarikat dan produk luar. 
Dalam hal ini, jika cukai diturunkan sudah tentu syarikat automobil tempatan akan bertungkus lumus memastikan produk mereka lebih baik daripada produk import. 
Betul? Oleh sebab tiada saingan yang hebat daripada pihak luar, maka lahirlah pelbagai rungutan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk automobil tempatan. Contohnya, di sini. (Kalau masih belum dipadamkan)

Jika tidak pun, cuba baca kenyataan pelanggan Proton Preve di bawah ini. Pihak Proton mungkin boleh mendakwa kelemahan-kelemahan ini hanya kes terpencil, namun ratusan, ribuan, mungkin puluh ribu pengguna yang menghadapi masalah dengan kelemahan produk Proton tahu hakikat sebenar.


 


 

 
Kalau begitu pendirian BN, sampai bila-bila pun syarikat tempatan tidak dapat menghasilkan produk yang original dan hasil buatan 100% anak tempatan. 
Apabila KJ menyebut bukan tujuan mereka untuk melindungi Proton sampai selama-lamanya, cuba fikir logiknya adakah pemuda berusia 27 tahun masih mahu dilindungi oleh ibu bapanya, masih mahu tidur di bawah ketiak ibunya?



Kiriman yang Berkaitan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.