Semalam Timbalan Menteri Kabinet Ah Jib Gor, Lajim Ukim bertandang ke
Kota Baharu bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Manakala Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bomburing membuat keputusan
mengejut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.
Kedua-dua tindakan orang kuat BN Sabah ini bukan perkara main-main.
Bukan calang-calang orang boleh buat keputusan sedemikian kerana berada
dalam BN ertinya hidup mewah, projek banyak, business mudah dan
macam-macam kenikmatan dunia lain.
Kalau kedua-duanya berani melakukan keputusan drastik sebegini maknanya
mereka sudah nekad dan tidak kisah apa yang akan terjadi kepada mereka
selepas kemungkinan tidak lagi bersekongkol di atas 'ranjang' BN.
Sudah
tentu mereka ada agenda besar untuk menyelamatkan rakyat Sabah dari
cengkaman penguasa dan penzalim sedia ada.
Sebelum itu, tidak lama dahulu Lajim meletakkan jawatannya sebagai Ketua
Cawangan Umno dan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai
Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Apakah ada kejutan lebib besar pada hujung minggu ini? Bomburing
memberitahu bahawa beliau akan membuat pengumuman penting pada satu
program di Dalit, Tuaran Ahad ini. Anwar juga dijadualkan ke Sabah pada
hujung minggu ini.
Apakah mereka berdua akan berada sepentas pada
program tersebut.
Mungkinkah Lajim masuk PAS dan Bomburing masuk PKR selepas ini? Atau
kedua-duanya menyertai PKR sempena kehadiran Anwar ke Sabah hujung
minggu ini?
Gambar ihsan Hdaily

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.