Ada
seorang penganalisis politik neutral berpendapat bahawa Perdana Menteri
Najib Tun Razak tidak akan memimpin BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13
(PRU13) yang akan datang ini.
Alasan
penganalisis ini adalah kerana ada kuasa dalaman yang yakin bahawa
beliau sudah tidak mampu lagi untuk melaksanakan pilihanraya
memandangkan bahawa beliau telah mengambil masa yang terlalu lama untuk
melaksanakannya
Falsafa
Cina ada mengatakan: 'Jika seseorang itu mengambil masa yang terlalu
lama untuk melakukan sesuatu, maka akhirnya orang itu akan gagal
melakukannya'.
Justeru
itu, penganalisis ini berpendapat bahawa PM Najib akan undurkan diri
sebelum PRU13 untuk memberi peluang kepada Anggota Parlimen Gua Musang,
Tengku Razaleigh Hamzah (yang juga dikenali sebagai Ku Li) untuk
memimpin BN pada masa pilihanraya umum nanti.
Ini
disebabkan oleh imej kini BN yang sudah tidak disenangi lagi oleh ramai
juga pemuda dan pengundi bukan-Melayu. Dan BN sekarang ketandusan tokoh
berwibawa yang boleh menaikkan imejnya di kalangan mata pengundi.
PRU13 ini juga telah digambarkan oleh BN sebagai pilihanraya penentuan yang akan menentukan masa depan BN.
Dan
hanya Tengku Razaleigh sahaja yang disenangi oleh semua lapisan
masyarakat. Oleh itu, demi menyelamatkan UMNO dan BN, Ku Li akan diberi
peluang untuk menerajui pucuk pimpinan UMNO dan BN untuk PRU13 yang
tarikhnya masih belum dapat diputuskan lagi.
Tengku Razaleigh sahaja yang mampu menarik kembali sokongan masyarakat Melayu yang sekarang ini berpusu-pusu menyertai PAS.
Pada
masa kini, segolongan besar pengundi Cina dan India pun sudah berpihak
kepada Pakatan Rakyat disebabkan oleh pakar strategi BN yang telah silap
mengatur langkah untuk meraih sokongan dari mereka.
Tetapi
Ku Li mampu menyelamatkan situasi ini kerana beliau dihormati oleh
rakyat berbilang kaum, tidak kira tua ataupun muda.
Ketika Ku Li
berkempen untuk BN di Pilihanraya Kecil Galas pada bulan
Oktober/November 2010, beliau telah menerima sambutan yang amat baik
dari pengundi Cina, pengundi India dan pengundi Orang Asal di situ.
Jelaslah bahawa beliau ialah tokoh yang dihormati oleh semua.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.