Menteri Besar Selangor menolak dakwaan bahawa
kerajaan negeri membuat tawaran tender secara terus dalam pembelian
hamper bernilai RM2 juta.
GOMBAK:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan
pembelian hamper bernilai sehingga RM2 juta dibuat tanpa tender terbuka.
Abdul Khalid menjelaskan tender yang dibuat secara rundingan terus
pada tahun 2008 dan 2009 melibatkan kontrak bernilai kurang dari
RM50,000 dan peraturan ini sememangnya dibenarkan.
Namun sekiranya tender tersebut bernilai RM2 juta maka keputusan
dibuat adalah melalui tender terbuka,” ketika ditemui pada Program Khas
Terima Kasih Rakyat di sini hari ini.
Beliau menerangkan pada 2008 dan 2009 ada keputusan dibuat melalui
tender secara terus. Pada 2008 tender hamper dibuat
berperingkat-peringkat ketika perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri
dan Tahun Baru Cina.
“Jika tender membabitkan RM50,000 ke bawah perlu ada sebutharga
tetapi untuk tender RM2 juta ia mesti dilakukan melalui tender terbuka,”
katanya.
Tender beli hamper
Sebuah portal berita melaporkan bahawa kerajaan Selangor dituduh
memberi tender itu sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka untuk membuat
agihan kepada golongan miskin.
Sumber-sumber kerajaan Selangor memberitahu, tender hamper yang
diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing bernilai
RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta; melalui rundingan terus.
Exco bertanggungjawab iaitu Dr Xavier Jayakumar yang juga Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, turut menafikan dakwaan tersebut.
Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dituduh memberi
tender untuk membekalkan hamper hari raya bernilai sehingga RM2 juta
sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.
Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan
kendalian Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, yang dipengerusikan Dr Xavier.
kendalian Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, yang dipengerusikan Dr Xavier.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian beliau sama ada akan
terus bertanding di Dun Ijok beliau sebaliknya memberikan komen
selamat.
Beliau menegaskan kenyataan awal tidak akan dikeluarkan dan beliau akur dengan sebarang keputusan parti (PKR).
“Jangan umum awal nanti ada masalah, kalau Umno tengok calon, mereka
akan gertak. Jika kita umum awal nanti ada yang kelam kabut.
Ada yang suka dan ada yang tidak suka, maka saya tidak boleh komen,” katanya.
Menteri Besar juga memberitahu bahawa beliau tidak menerima surat
tunjuk sebab dari PKR mengenai Setiausaha Politiknya Faekah Husin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.