Macam ni hampa nak percaya pada SPRM, .... cegah rasuah kepala bapak depa ...
SHAH
ALAM: Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu.
Hakim
Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39,
selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan
melampaui keraguan munasabah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi
hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara
jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50
bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan
penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal
membayar denda bagi pertuduhan ketiga.
Bagaimanapun
tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim
Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada
tarikh jatuh hukum hari ini.
Peguam
yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya
hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara
menunggu rayuan.
Bagaimanapun,
Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada
keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan
walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM.
Hakim
Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan
tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain
mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000.
Bagi
pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang
tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak
meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada
pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Bagi
pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan
wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan
perkara yang sama.
Kedua-dua
pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza
Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober
2009.
Mohan
juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya
suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk
melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di
Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009.
Pertuduhan
pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di
bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen
24 Akta yang sama.
Seksyen
24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali
ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.