“PERBUATAN
sesetengah pihak yang bertungkus-lumus memberikan MyKad kepada pekerja
asing, sekali gus memasukkan nama mereka ke dalam senarai daftar pemilih
untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
yang akan datang ini adalah pengkhianat yang harus diberikan hukuman
setimpal,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor daripada PAS, Dr Dzulkefly
Ahmad.
“Pengkhianat
seperti ini langsung tidak bermaruah sebab telah bertindak gila kerana
tamakkan kuasa sehingga sanggup mengkhianati amanah dan mandat yang
diberikan oleh rakyat,” kata pula Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar
Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kerusi Pasir
Panjang.
Sumber
dalaman dalam Pakatan Rakyat berkata senarai daftar pemilih untuk
negeri Selangor yang mengandungi lebih setengah juta pengundi hantu dan
pengundi warga asing yang telah mendapat kerakyatan pantas dapat
membolehkan BN merampas kembali Negeri Selangor.
Adalah
amat sukar untuk Pakatan Rakyat menandingi angka setengah juta ini.
“Boleh dikatakan mustahil,” kata seorang pakar strategi Pakatan yang
memberi ulasan mengenai situasi di Selangor.
Justeru
itu, tidak hairanlah jika BN berani menguar-uarkan bahawa mereka akan
berjaya merampas kembali Negeri Selangor. Keyakinan mereka adalah
berdasarkan kepada senarai daftar pemilih.
Juga
tidak menghairankan bahawa tuntutan rakyat supaya diadakan pilihan raya
yang bersih, telus dan adil telah diketepikan dan pihak kerajaan
sehingga hari ini diam membisu sahaja perihal isu senarai daftar
pemilih. Bantahan demi bantahan telah dibuat mengenai nama pengundi yang
meragukan, nama pengundi yang telah dipindahkan tanpa pengetahuan
mereka dan bermacam-macam aduan lagi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) nampaknya tidak pro-aktif menyelesaikan masalah-masalah ini.
“Sehingga
hari ini, pihak yang mengamalkan politik durjana ini tidak mempedulikan
tuntutan rakyat yang dibuat melalui Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih
3.0. Ini menunjukkan bahawa mereka amat takut kepada pilihan raya yang
bersih, telus dan adil.
Namun
demikian, mereka harus ingat bahawa kemenangan yang diperolehi melalui
cara yang kotor dan jijik ini tentunya akan mengundang azab daripada
Tuhan dan akhirnya rakyat kelak yang akan
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.