KUALA LUMPUR, 24 Julai: Seorang
peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam
himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan
di telinganya.
Lee
Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan
awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
“Saya
sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba
polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya,” kata Lee.
Isteri
Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis
lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di
Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya
dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke
Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” jelasnya.
Lee
menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku
hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran
Merdeka.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.