Followers

Monday, July 9, 2012

Panas!! Dr. Asri Ajak Sokong Pakatan Rakyat.. - Pencacai SeMalaysia®

 
Betul ke neh? Cuba baca apa yang Dr Maza twitt kat atas neh.. Apa jadi negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib berubah dan mengubah. Kalau diperhatikan betul2, apa yang cuba disampaikan oleh dr asri seolah2 ada kaitan dengan apa yang telah berlaku ke atas uncle seekers. 
 
Sebab baru2 neh uncle seekers telah ditahan reman selama 4 hari sebelum disambung semula untuk 3 hari tak silap aku menjadikan jumlah keseluruhan hari uncle seekers dan teman wanitanya direman adalah sebanyak 7 hari.

Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini?

Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi ‘dadah’ jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar.

Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh.

Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat.


Jika kita boleh vote bn out, kita juga boleh vote pr out kalau mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah terlalu lama kita biarkan diri kita ditipu dan dimanipulasi oleh bn takan lah kita masih lagi nak mengharap pada yang tak boleh buat kerja sedangkan kita sudah diberikan satu pilihan yang lain?

Jika dulu boleh larh nak bersikap demikian ketika pas dan dap masih baru, masih belum mampu menyaingi kekuatan bn tetapi sekarang pas, dap dengan kerjasama dan bantuan dari pkr apa yang mustahil telah bertukar menjadi tidak mustahil lagi. Marilah kita sama2 berubah dan cuba melakukan perubahan dengan mengubah kerajaan kita sekarang. Orang kata if you don’t try then you don’t hope.

Jika kita takut mengambil risiko kita akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Sudah tentu hasilnya seperti yang kita tahu dan sedia jangka. 


Tetapi jika kita berani mengambil risiko sekurang2nya kita ada peluang sebanyak 50-50. Samada gagal mahupun berjaya. Tetapi itupun lebih baik dari mereka yang tak berani amek risiko. Sebab kita dah tentu2 terbukti gagal 100%.

Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.