Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.
Akhbar Sinar Harian hari
ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian Universiti Utara
Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PAS.
"Pemimpin
BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri besar jika layak berkuasa.
Selepas itu kem masing-masing mula mencantas pemimpin lain yang
disenaraikan lebih awal.
"Ini
satu kelebihan bagi PAS Kedah," katanya mengulas kajian yang
dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu.
Laporan
tersebut menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling
popular sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.
Kajian
itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah –
ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan
Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah,
Datuk Seri Mahdzir Khalid.- Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.