KUALA LUMPUR: Gesaan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ketuanya,
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan PRU13 tahun ini juga,
menunjukkan sikap terburu-buru beliau yang tidak sabar lagi hendak
melihat Najib tersungkur.
AJK
PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, andaian pihak Umno-BN, iaitu
jika mereka berjaya menang dengan majoriti tipis, Najib sudah tentu akan
menerima nasib seperti mantan PM, Tun Abdulllah Ahmad Badawi yang
dipaksa melepaskan jawatan PM dan Presiden Umno.
Itu
pun kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, jika BN menang tipis. Tetapi
jika berlaku sebaliknya, bukan sahaja Najib, malah Muhyiddin turut sama
tenggelam, apabila BN ditewaskan dalam PRU13 nanti.
“Kenyataan
TPM ini mengundang banyak persepsi. Adakah beliau hendak menolak PM
ataupun beliau tahu PM tidak yakin, maka beliau hendak push PM supaya
buat juga PRU tahun ini?” soalnya.
Tegasnya,
walaupun Najib sebelum ini berkata, beliau yakin menang 14-0 ke atas
Pakatan Rakyat, namun sehingga kini beliau tidak berani membubarkan
Parlimen.
“Banyak
program pemberian telah dibuat misalnya BR1M. Tetapi kesannya sudah
habis, parlimen tidak dibubar juga. Sekarang BN bercakap pula tentang
BR1M kedua, entah bila hendak beri kita tidak pasti.
“Kita
lihat transformasi ekonomi dan politik Najib banyak juga yang telah
dibuat tetapi kenapa beliau belum cukup yakin? Jawabnya mudah, walaupun
media dikuasai BN, mereka masih gagal meraih sokongan rakyat,” ujar
beliau
Jelas,
katanya, Najib tersekat kerana banyak propaganda transformasi beliau
dapat dipatahkan oleh media baru, khususnya rakyat yang semakin jelas
menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.