Bahang
kenaikan harga barang keperluan harian dilihat serius apabila rakyat
bawahan sentiasa bercakap di kedai kopi dan mana-mana tempat sekaligus
mula mempertikaikan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah
Malaysia sekarang.
Beliau
menyatakan, kerajaan Barisan Nasional perlu sedia berundur dari tampuk
pemerintahan negara, kerana situasi kini rakyat mula bercakap soal
perlunya melakukan perubahan politik negara apatah lagi politik negeri
Perak.
Memetik ucapan beliau,
“
Antara perkara yang serius berlaku dalam pengurusan kewangan negara
atau negeri ialah masalah kedudukan hutang terkini Kerajaan BN dan juga
perbelanjaan yang defisit, berlaku saban tahun”
“Dalam
konteks ini, rakyat lebih mudah faham tentang hutang negara atau negeri
yang diperintah Barisan Nasional semakin serius bilamana rakyat dapat
membandingkan jumlah hutang kerajaan negeri semasa diperintah oleh BN
dahulu yang kini negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat"
“Contohnya
hutang kerajaan Kelantan sewaktu PAS mengambil alih pentadbiran pada
tahun 1990 ialah RM736 juta dan kini telah bejaya dilangsaikan dengan
jadual pembayaran yang teratur hasil dari langkah berjimat cermat”
“Manakala
Negeri Kedah pula terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan
BN sebanyak RM2 bilion sebelum 2008 dan kini sedang membayar hutang
tersebut dengan tidak membuat hutang baru”
“Rakyat
juga perlu difahamkan bahawa hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh
Kerajaan BN merupakan hutang atas nama projek yang sebenarnya projek
yang dibuat untuk mengaut komisyen kroni-kroni pemimpin Umno/BN ”
Justeru,
beban hutang kerajaan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat, kita yakin
bahawa pelbagai cukai langsung atau tidak langsung pasti akan diumumkan
oleh kerajaan Barisan Nasional jika mereka terus diberi mandat untuk
memerintah kerajaan Malaysia selepas PRU-13 ini.
Meningkatnya
angka hutang bermakna meningkatnya pula tekanan ke atas rakyat agar
bekerja lebih keras serta berjimat sebanyak yang boleh. Sementara harga
barang meningkat tentu sahaja kos hidup turut meningkat dan menghambat
keselesaan serta ketenangan rakyat, jelas beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.