Kerusi
Khairy Jamaluddin 'Parlimen Rembau' menjadi kerusi panas apabila ada
ura-ura mengatakan beliau akan berpindah ke DUN untuk menjadi Menteri
Besar Negeri Sembilan apabila banyak konflik yang mengaitkan tidak
serasian MB sekarang dengan Istana menyebabkan Datuk Seri Mohammad
Hassan bakal digugurkan.
Ada
juga orang mengatakan Rais akan kembali untuk memenuhi kerusi MB tetapi
khabarnya Datuk Seri Najib tidak menyetujui kerana ini sudah bukan
zaman Rais katanya, ada juga mengatakan Shaziman yang dilihat sangat
berjaya dalam menguruskan Kementeri Kerjaraya, tetapi nama Khairy masih
diutamakan.
Kerusi
Khairy dikatakan bakal diberikan kepada Dato Fazley Yaakob, seorang
pakar motivasi dan juga ahli perniagaan dan juga bekas penyanyi. Beliau
juga adalah menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Fazley yang pernah
dikaitkan dengan kontroversi penipuan ijazah kedoktorannya tidak membuat
ulasan panjang, tetapi khabarnya beliau sangat disenangi rakyat dan
mungkin ini adalah suatu pilihan bijak buat BN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.