Maklumat
awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klip video yang akan
mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk
diedarkan kepada umum.
Pembikinan klip video berkenaan dilakukan sejak
beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada klip video yang
didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.
Klip
video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin
tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Klip
video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB.
Pendedahan klip video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog
terpilih yang tidak berhati perut peliharaan UBN.
Rahsia
ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing
(penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara
tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu.
Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya,
dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih
malam kelmarin.
Menurut
sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klip video
terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa.
Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.
Mencerita
lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klip video
membabitkan Anwar Ibrahim yang kononnya melayan pelacur di sebuah bilik
yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan
palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia
mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar
itu kerana diarah," jelas kawan itu.
Katanya
penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyunting)
diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia
dipanggil dan diarah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang
berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik
menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.
Jelas
kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klip
video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video
pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik.
Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan
dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan
harian Anwar.
Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya
Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klip video itu tidak
benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.
Sebagai
rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu
adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian.
[wm.kl.8:48 am 09/07/12]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.