Itu sangat
kelakar, setakat bercakap siapa pun boleh bercakap, setakat menuduh
siap pun boleh menuduh, ini betul-betul tanda nak pilihanraya la ni,
cerita komunis, Jemaah islamiah semua dah keluar, dan lepas ni nanti
akan ada pulak cerita setengah Ahli PAS itu Taliban, setengah lagi
Mujahiddin pulak.
Lepas ni kita
harap TV3 atau Utusan pulak siarkan berita satu pertiga Ahli PKR pulak
ialah perisik KGB, sebahagian lagi perisik Israel dan yang selebihnya
itu adalah perisik FBI.
Lepas tu nanti Utusan
dan TV3 boleh siar cerita lagi setengah ahli DAP ialah militer Korea
Utara, ada juga perisik korea Selatan, bekas tentera jepun yang
menyamar jadi Cina dan jadi Ahli DAP dan mereka sedang rancang
menubuhkan PARTI KOMUNIS ASIA TENGGARA dengan kerjasama Singapura.
Malaysia kan serba boleh, apa
nak heran kan ke polis kata pengganas JI dan Komunis dah serap dalam
pakatan pulak, ehh boleh bergandingan dan jalin kerjasama pulak Jemaah
Islamiah dengan komunis. kah..kah..kah.
Sudah hilang kelogikan dah berita malaysia ni, Ohhh sangat pelik malaysia ku,
tak sabar pulak nak dengar fitnah baru dari utusan bahawa Anwar Ibrahim
itu Alien, Tok Guru Nik Aziz Pun Alien jugak, Lee Guan Eng bukan Alien,
dialah Man In Black. kah..kah..kah.
Tak habis-habis diorang ni memfitnah, buat cerita untuk timbulkan bukan ketakutan pada masyarakat, tapi lawak dan propaganda tak logik yang buat rakyat terhibur sangat-sangat.
Kalau Najib nak tahu ini rahsia penting kerajaan,.
2 ekor panda yang najib ambik dari negeri china itu bukan komunis... 2
ekor panda itu sebenarnya ialah ejen KGB dari Russia... Rosmah tak takut
ke nanti cincin hilang... ini sumbar dari "tukanglawan" yang sebenarnya ialah seorang blogger yang dilatih oleh Osama bin Laden untuk jahanamkan umno.
Kah..kah..kah. Malaysia makin lucu.
Tukang Lawan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.