SHAH ALAM:
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan
laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi
amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti
"tamparan maut" dalam waktu terdekat.
Dalam
kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak
mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai."
"Kami
tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa
sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama
Anwar sejak lebih sedekad lalu.
Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini.
Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah.
"Datuk
Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah
beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan
beliau dalam wawancara BBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR.
Semalam,
pihak polis memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima
apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga
Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Kenyataan
itu diperoleh ekoran laporan blog itu bahawa seorang mahasiswa di utara
Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.
Ekoran
kenyataan polis itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai
ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa
pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR
tidak dikenakan sebarang tindakan.
Mengulas
kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata, "sungguh
lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati
beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."
"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia.
"Jika
anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula
mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke
atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay,
Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?" katanya sambil menyoal
mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak
kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.
"Gomo
malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul
Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tampatan maut untuk
Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak
yang menasihati bapanya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.