Ucapan sembah tahniah PM Najib pada Agung silap besar
albangi
Semalam PM Najib dalam ucapan sembah tahniah tidak berucap dengan kemas, meninggi suara dan bernada marah dan geram.
Malah
kandungan ucapannya juga tidak mencerminkan sembah tahniah pada DYMM
SPB YDP Agung, tidak mendoakan kesejahteraan ke atas baginda yang sedang bersemayam menyambut Hari Keputeraan.
Sebaliknya
isi ucapannya memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan akan
mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengugat
keselamatan dan keamanan negara.... adakah ucapan ini sesuai untuk Hari
Keputeraan? Siapalah agaknya yang buat ucapan tu?
Siapalah
agaknya yang mencucuk dan membakar semangat PM semalam? Salah tempat
atau salah ucapan? Anak saya yang sekolah menengah pun tanya, ayah, ini
ucapan politk ke ucapan sembah tahniah Hari Keputeraan DYMM SPB YDP
Agung?
Mungkin ada cacai umno boleh tolong jawab? Boleh jadi cacai umno yang tolong buat ucapan itu agaknya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.