PULAI:
Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas
Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO
sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali.
individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk
ceramah di pentas Pakatan Rakyat.
"Saya
ini masih lagi ahli UMNO. Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak
senang saya bersama tuan-tuan pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat.
Mereka minta saya hentikan segera program-program ceramah di pentas
Pakatan Rakyat. Jika saya enggan, saya turut akan menjadi sebahagian
daripada individu yang akan diserang seperti mana Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain"
"Saya
tidak gentar dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat
selesa bercermah di pentas Pakatan Rakyat. Saya tidak akan berselindung
lagi dalam menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang
berlaku di dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga
pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Dato'
Thamrin Tun Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak
mengundi UMNO dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO
sebaliknya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Sudah
lama saya tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi
UMNO dan berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah
gentar jika saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis
bersama anak-anak negeri Kelantan di PPR Kempas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.