Apa peranan Perdana Menteri pada masa itu ketika Nor Mohamed Yakcop
terus menghabiskan wang negara dalam spekulasi tukaran asing (forex).Itulah persoalan utama yang mesti dijawab oleh kerajaan dalam isu
kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi
tukaran asing pada tahun 1992, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Kerajaan juga perlu menjawab secara telus dan jelas siapa dan berapa orangkah yang terus menggalakkan Nor Mohamed terus memperjudikan wang Bank Negara?
"Nor Mohamed pula perlu menjelaskan adakah beliau dan Gabenor Bank Negara ketika itu, Allahyarham Jaffar Hussein pernah memberi nasihat kepada orang-orang atasan mereka terutama Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamed bahawa sudah sampai masanya untuk keluar dari pasaran dan mengelakkan sebarang pertaruhan dalam spekulasi forex itu," katanya.
Salahuddin berkata, rakyat perlu tahu adakah orang-orang atasan yang menyelia tindakan Nor Mohamed dalam spekulasi tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkara itu.
Jika mereka jahil dalam bidang itu tetapi terus juga mengarahkan Nor Mohamed terlibat dalam spekulasi tersebut, mengapa beliau yang ketika itu salah seorang pegawai terkanan Bank Negara terus menurut kehendak orang-orang jahil itu dan bertindak menganiaya negara dalam keadaan beliau tahu Bank Negara akan boleh mengalami kerugian besar jika tidak keluar dari pasaran spekulasi itu, beliau terus mempersoalkan.
"Saya difahamkan bahawa (Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat) Alan Greenspan pernah mengingatkan Bank Negara agar tidak terlalu agresif membuat pertaruhan dalam pasaran spekulasi itu.
"Terbaru, saya juga menerima maklumat bahawa Daim (Zainuddin) yang ketika itu Penasihat Ekonomi pernah mengingatkan Bank Negara dalam tahun 1994 supaya jangan melibatkan diri dengan risiko kerana kerugian yang akhirnya terpaksa ditanggung adalah terlalu besar.
"Persoaannya, menagapa spekulasi itu diteruskan sehingga melibatkan jumlah sebesar RM2 hingga RM3 bilion bagi setiap trader dan Bank Negara pula menggunakan beberapa trader dsalam satu-satu masa," Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Salahuddin juga mempersoalkan adakah penglibatan Bank Negara dalam spekulasi tukaran asing itu dibuat dengan begitu serakah kerana ada pihak yang mahu menutup kerugian dalam pasaran hadapan bijih timah.
Beliau menuntut agar kerajaan tidak terus membisu mengenai perkara itu dan memastikan semua yang bersalah
Jika kerajaan yang ada kini ikhlas, rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan untuk melihat skandal itu disiasat habis-habisan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.