PKR
hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung
penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang
yang bernilai lebih RM1 bilion.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian
Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour
Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
Menteri Kewangan (JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu
lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada
Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.
"Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri
Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah
jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri
oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.
"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara
jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium
sebagai kontraktor projek ini.
"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan
kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000,"
kata Rafizi.
Rafizi berkata keputusan tersebut ditandatangani oleh Najib, Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha
Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.
Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkan
menteri kewangan itu mengubah fikiran sehingga didakwanya campurtangan
untuk "menolak keputusan" awal penganugerahan projek berkenaan yang
beliau sendiri bersetuju.
"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini
seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan
anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.