Followers

Friday, June 29, 2012

Mamat Poyo Nie Didesak Letak Jawatan ??

 
Admin mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa telah diadakan suatu mesyuarat Pemuda UMNO Johor di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu malam Khamis 27hb Jun 2012. 
 
Seramai 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor Sdr Mohd Fadil Muskon. 
 
Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan dalam kadar segera. Mesyuarat ini dimaklumkan berlanjutan sehingga jam 1.30 pagi.

Antara Ketua-ketua Pemuda UMNO yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Pemuda UMNO sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi.


Negeri Johor terdapat 26 bahagian UMNO diseluruh negeri. Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda UMNO Negeri sekarang. 
 
Terdapat juga Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi. 
 
Mereka yang tidak hadir juga berkemungkinan besar menolak kepimpinan pemuda UMNO Johor. Ini bermakna lebih daripada 61% pemuda UMNO Bahagian menolak kepimpinan sekarang.

Antara alasan penolakkan Sdr Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau adalah daripada kem YB Khairy Jamaluddin . Kumpulan 16 Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang terbabit dipercayai daripada kumpulan YB Dato Razali Hj Ibrahim. 
 
Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai ‘budak baik’ kurang senang dengan Pemuda-pemuda UMNO Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu. Sifat ini telah mengurangkan peluang-peluang pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. 
 
Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda UMNO bahagian.


Terdapat juga bebarapa Ketua Bahagian UMNO di Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku kerana pilihanraya sudah terlalu hampir. 
 
Perpecahan bakal mengundang kejatuhan UMNO di Johor. Sebahagian Ketua Bahagian UMNO telah menegur Ketua Pemuda UMNO bahagian masing-masing sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka. 
 
Ini telah membuktikan bahawaUMNO Johor sudah berada dalam keadaan tenat. Ini telah menjadi sebab mengapa Dato Seri Mohd Najib telah berani membubarkan parlimen sehingga hari ini.

Kelemahan Pemuda UMN O Johor ini dapat dilihat dengan jelas di Negeri Johor. Aktiviti mereka sangat kurang sehingga disetengan kawasan, Pemuda PAS lebih menampil daripada pemuda UMNO bahagian.

Admin manasihatkan mana-mana Pemuda UMNO Johor untuk bersama dengan Pemuda PAS. UMNOk ini adalah parti yang menanti hari untuk diletakkan dalam Muzium UMNO di Melaka. Keenakkan berjuang sebagai parti politik seperti peringkat awal penubuhan UMNO dahulu sudah hilang daripada UMNO.

Dipetik dari - http://omakkau.blogspot.com/2012/06/pemuda-umno-johor-bergolakdesak-ketua.html


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.