Followers

Saturday, June 30, 2012

K'jaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan guna wang pembayar cukai..!!! - Pencacai SeMalaysia®

 
NONE
Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga.

Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi.

Rombongan itu disertai polis pengiring, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan. Kesemua perbelanjaan ditanggung kerajaan ekoran itu tugas rasmi mereka, kata Liew (kiri).

"Walaupun YAB perdana menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia. 

 

"Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB perdana menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti. 

"Atas dasar keselamtan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat tidak seharusnya timbul," katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang tidak berpuas hati dengan jawapan sebelumnya oleh menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung perbelanjaan lawatan ke luar negeri Najib.


Pencacai SeMalaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.