Followers

Wednesday, June 6, 2012

Kerajaan Umno Bayar Hampir 1 Juta Untuk Pompuan Korea Telanjang.. Artis Tempatan Diketepikan !!


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata artis tempatan perlu diberi keutamaan untuk membuat persembahan peringkat kebangsaan seperti ketika sambutan Hari Belia Negara 2012.

 
Katanya, artis dan seniman itu perlu diberi keutamaan, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diuar-uarkan kerajaan.
 
"Kalau kita buat hari belia antarabangsa, mungkin wajarlah kita menjemput artis luar negara buat persembahan.
 
"Kalau hendak beri peluang kepada artis luar negara biarlah berpada-pada. Kalau ada peluang, dahulukan artis tempatan," katanya kepada Malaysiakini.
 
Katanya, artis tempatan perlu diutamakan, tidak kira jika bayaran itu dibuat oleh penaja atau kerajaan.
 
Beliau mengulas isu berhubung kos sehingga AS$300,000 (RM900,000) untuk membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) untuk membuat persembahan di sambutan tersebut.
 
Jumlah tersebut dinyatakan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, susulan dakwaan bahawa persembahan kumpulan K-pop tersebut dibayar dengan harga tinggi berbanding artis tempatan.
 
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss itu akan ditanggung penaja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.