Followers

Thursday, June 7, 2012

Kakitangan Kerajaan Yang Sokong Pembangkang Sila Letak Jawatan !

ANGGOTA POLIS DAN TENTERA SOKONG PEMBANGKANG WAJIB LETAK JAWATAN... MENTERI BESAR TERENGGANU MAT SAID..

KASIHAN BETUL KAT UMNO/BN... MENGAPA SEMUA PEMIMPINNYA BERMENTALITI BEBAL MACAM MAT SAID. SEJAK BILA UMNO/BN YANG BAYAR GAJI ANGGOTA POLIS DAN TENTERA?

Kenyataan yang teramat kurang cerdik dari seorang MB, apakah pembangkang itu musuh negara? tak tahu makna demokrasi pon boleh jadi MB ke?

penjawat awam berkhidmat untuk kerajaan, bukan berkhidmat untuk parti politik. penjawat awam bebas memilih mana2 parti politik. sebuah kerajaan dilarang memaksa penjawat awam menyokong parti politik hanya kerana berkhidmat dalam kerajaan. kerajaan adalah kerajaan. parti adalah parti. seandainya PAS memerintah...

adakah ini bermakna penjawat awam wajib menyokong PAS? tentu tidak juga. apabila menyokong parti tertentu selain parti dibawah kerajaan, bukan bermakna mereka itu mengkhianti negara. pengkhianat negara adalah mereka yang cuba memalukan negara, cuba mgadaikan maruah negara, cuba menjual negara.... bukan mereka yang memilih parti politik atas dasar demokrasi!

Kenyataan anti-demokrasi? .... halang kebebasan berpolitik.... kerja dengan kerajaan kena sokong kerajaan.... tidak cerdik.... musuh negara dangan musuh politik adalah dua perkara yang berbeza..... kalau layan pembangkang macam musuh negara... apa ertinya demokrasi ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.