Kaki bakar "Jambatan" ni mahu Anwar jadi Gentlemen?
Rais
anak Yatim mamat dari Jelobu ni, rupa-rupanya buta celik dan pekak
badak, sebab itu dia tak tahu apa yang berlaku dikelilingnya. Anwar kena
pukul semasa dalam penjara dia tak tahu!
Kawan-kawan Anwar ditahan
bawah ISA dan dibelasah dia tak tahu! Penyokong-penyokong Anwar
dilanyak polis dalam demonstrasi dia tak tahu.
Setelah
Anwar hari-hari dilanyak luar dan dalam,.. tiba-tiba hari ini Rais
menjadi seorang manusia yang sangat mengetahui apa akan berlaku. Anwar
katanya nak rampas kerajaan secara paksa! Anwar akan menggunakan
kekerasan untuk mengambil alih Putrajaya.
“ Itu tak wajar ! Jadilah pemimpin yang gentlemen” katanya.
Nampaknya
kenyataan beliau sama macam kenyataan Mahathir dan Muhyiddin baru-baru
ini. Dah tak ada idea nak cakap lalu di ciplaknya idea orang lain!
walau pun idea orang lain itu sebijik macam kartun! Itu sajalah tahap
mentaliti pemimpin Umno.
Dalam
kepala mereka sarat dengan cerita-cerita rasuah, penyelewengan kuasa,
bagaimana nak menipu,. bagaiman nak cepat kaya dan yang paling penting
juga ialah bagaimana mencipta fitnah, termasuk cerita liwat dan cerita
video seks lucah!
Wahai
anak yatim! Menteri yang dah bakar jambatan Pulau Pinang kemudian padam
balik! Kenapalah kamu jadi pekak dan buta dalam celik?.
Satu
Malaysia, malah satu dunia tahu siapa Anwar. Dia seorang pemimpin yang
sangat berkarisma, dia sememangnya sudah teramat gentlemen kalau nak
dibandingkan dengan seluruh pemimpin Umno.
Gentlemen macam mana lagi
yang kamu mahu? Adakah kalian meneruskan cerita-cerita busuk tentang
Anwar itu gentlemen?, Adakah terus menyimpan dendam kepada orang yang
kena fitnah itu gentlemen?
Kerabat-kerabat
Anwar dalam PAS dan DAP juga rasanya cukup gentlemen. Selama ini yang
tidak gentlemen dan nampak pondan ialah Najib dan kesemua pemimpin Umno.
Pondan-pondan Umno inilah yang menyebabkan parti Umno dan BN semakin
lemah, lembik dan tersungkur!! Kalau Umno dah arwah nanti, agak-agaknya ilmu pengampu si Rais ini boleh jalan lagi ke?
Oleh : rahimothman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.