Kalau dulu orang sering sebut 'Bodoh macam lembu', maka di zaman lembu sudah diternak dalam kondo ni maka pepatah tu nampaknya tak sesuai disebut. Lembu pun dah cerdik la ni.
Tapi ada satu makhluk yang rasanya kalau pepatah tu mahu mahu ditukar maka sesuai sangat dengan makhluk ni, iaitu 'Bodoh macam blogger UMNO'.. apa macam setuju?
Tak cerdik sungguh bila blogger UMNO Kedah menyerang kerajaan negeri
kerana kononnya Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang dibina di Sungai
Petani gagal.. sebabnya tak ada buah yang dikutip.
Alahai blogger UMNO,
tak ambik tau perkembangan dunia tapi gatai punkok nak tulis. Sewaktu
pelancaran pusat pengumpulan tu dulu Menteri Besar dah habag, pusat tu
bertujuan untuk atasi lambakan buah-buahan orang kampung.
Kalau orang kampung nak jual takdak sapa nak beli dah sebab harga murah,
mai tolak dekat Kedah Agro.Menteri Besar habag juga... tapi kalau ada
pihak nak beli lebih tinggi harganya tolak kat depa tu.
Kedah Agro cuma
nak atasi masalah lambakan. Pahammm... lambakan!?Faktanya pada tahun
ini.. hasil buah-buahan di Kedah ni merosot 50 peratus.
Oleh kerana permintaan tinggi maka orang kampung boleh jual dengan harga yang tinggi, tiada lambakan maka orang kampung pun tak perlulah jual murah dekat Kedah Agro.
Sebab tuulah Pusat Pengumpulan Buah-buahan tu tak sibuk untuk musim buah tahun nii. Faham?? Bodoh, baghal, unta, kelabu asap!!! (pinjam P.Ramlee).
ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot
sebanyak 50 peratus.Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik
Ismail Salleh (gambar atas) berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh
cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.
"Rambutan durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan,” ujarnya.
Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad.“Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini,” katanya.
~Kedahlanie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.