Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar
Ketua
umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing
yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan
sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.
Anwar
mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha
untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.