Insiden baling batu, telur dan botol dalam siri ceramah pembangkang mencapai status "maha panas" malam tadi.
Malam tadi menjadi saksi ceramah pembangkang di Lembah Pantai, dua orang cedera. Budaya mana?
Pihak UMNO melalui ketua pemuda KJ menafikan BN terlibat. Timbul persoalan siapa yang membaling objek-objek tersebut ke arah penyokong PR.. siapa kalau bukan samseng UMNO atau penyokong UMNO? Tak kan kita nak kata hantu altantuya yang baling?
PBO lari dari keadaan biasa dengan momokan samseng UMNO dan PBO cuba lihat apakah ada orang dalam UMNO sendiri yang ingin melihat partinya terkubur.
Dengan cara mengupah samseng tidak akan menakutkan penyokong PR malah dengan cara demikian akan memberikan lebih simpati terhadap PR. Yang rugi sudah tentu parti UMNO itu sendiri.
Penyokong PR tidak akan terus berganjak .. lawan tetap lawan!
Imej tiada perhimpunan jalan (beruk-beruk jalanan) yang dilaungkan telah dipecahkan tradisinya oleh mereka sendiri. Imej samseng yang selalu dilabel kepada PR kini menjadi milik mutlak UMNO masa kini. Siapa yang rugi? Sudah tentu UMNO.
Persoalannya siapa yang mencatur strategi "maha haprak" untuk melemahkan PR ini? Atau ada orang dalam yang memang ingin melihat PR melangkah ke Putrajaya?
Sudah tentu Najib semakin pening kepala dengan kerenah partinya sendiri ..
Manakan tidak, penyokong yang hadir mendengar ceramah Ummi Hafilda tidak setanding dengan penceramah yang di sebelah sana. Pening, pening .. lagi banyak tabur duit, lagi kurang yang datang mendengar.
Polis
Hairan bin ajaib kenapa polis juga membenarkan ceramah dua parti berlainan diadakan terlalu hampir. Menurut laporan media sekitar 20 meter sahaja. Erm apa motif hanya mereka sahaja yang tahu. diadakan terlalu dekat dan berhampiran.
UMNO sebenarnya semakin terpinggir. Semakin resah dengan gelonbang kebangkitan penyokong PR dan rakyat yang semakin faham akan kerakusan pemimpin UMNO mentyamun duit rakyat.
Penburukonline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.