Selama
12 Tahun Dr.Mahathir merancang buat fitnah untuk menjatuhkan maruah
DSAI. Kemudian dilanjutkan oleh Najib Razak. Tujuannya semata-mata nak
mempertahankan kuasa.
Segala fitnah dan jentera kerajaan digunakan secara optimum namun gagal! DSAI tetap dapat sokongan berganda.
Kini
serangan tertumpu pada Azmin Ali dan keluarganya. Dengan menggunakan
fitnah lama yang dikitar semula iaitu anak kepada pasangan Azmin Ali dan
Shamsidar yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kes
saham RM 8 Juta.
Pada Jun 1998, Khalid Jafri ada mengeluarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM". Buku ini telah dicetak oleh syarikat yang beralamat milik Tan Sri Rahim Tambi Chik dan disebar di setiap beg di Perhimpunan Agung UMNO 1998.
Khalid juga telah mencabar DSAI jika segala tuduhan itu tidak benar, mengapa DSAI tidak menyaman beliau. (Kata-kata yang sama juga telah digunakan oleh Senator Nalla Karrupan yang diwar-warkan di dalam media kerajaan serta televisyen).
Keangkuhan
penulis buku tersebut telah mengundang DSAI memfailkan saman malu
terhadap penulis buku tersebut pada 18 Jun 1998 ketika beliau masih
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Manakala pada 19 Jun 1998 pula, Azmin Ali telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berkaitan isu sama. Ekoran dari laporan polis tersebut, Azmin Ali telah dipanggil untuk disoal siasat dan diarahkan oleh Dato Musa Hassan untuk membuat ujian DNA di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 29 Julai 1998.
Hasil ujian DNA tersebut akhirnya telah diumumkan oleh Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan bahawa Azmin Ali adalah bapa yang sah kepada anaknya. Pada 18 hb Ogos 2005, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Mohd. Hishamudin bin Mohd Yunus telah membuat penghakiman tegas mengesahkan ada konpirasi dikalangan pemimpin tertinggi UMNO.
Mahkamah
juga telah membuktikan ada niat yang amat jahat, palsu dan merupakan
satu fitnah terancang oleh tertuduh terhadap DSAI dan telah menjatuhkan
hukuman terhadap penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi
PM" iaitu Khalid Jafri. Khalid Jafri telah dijatuhkan hukuman penjara 1
tahun dan disaman RM 4.5 juta! Kini setelah 7 tahun, Umno sekali lagi
membangkitkan kembali isu yang sudah lapuk dan basi ini semata-mata
untuk memperbodohkan rakyat Malaysia demi menjatuhkan DSAI.
Isu
kedua yang kini sedang dimainkan oleh media-media utama kerajaaan
adalah isu berkaitan ISU Saham RM 8 JUTA! Pada tahun 1995, Azmin Ali
telah disoalsiasat oleh Polis Diraja Malaysia, dan didapati tiada kes
dan tidak didakwa. Kemudiannya pada tahun 1998, kesnya dibuka kembali
dan dipanggil oleh Pengarah Siasatan Bukit Aman, Dato Nordin Ismail
untuk disiasat.
Akhirnya Azmin Ali tidak didakwa di mahkamah kerana siasatan mendapati "tiada kes" dan kes terus dibuang! RUJUK BUKU THE SHAFEE YAHAYA STORY (Bekas Pengarah BPR Malaysia) m/s 306! Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Isu saham RM 8 Juta ini adalah satu fitnah dan tuduhan liar yang direka oleh UMNO dan Barisan Nasional bagi memalukan dan memburukkan Azmin Ali dan Parti Keadilan Rakyat
Maka
jelaslah kepada kita semua bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh
UMNO dan balaci-balacinya dalam Barisan Nasional adalah FITNAH PALSU
dan BERNIAT JAHAT yang bertujuan menjatuhkan pimpinan utama Parti
Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat demi kemenangan parti
mereka dalam PRU13 dan seterusnya menyelamatkan mereka dari didakwa
sekiranya mereka kalah kelak.
Ketua Biro Pendidikan
Parti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.