Followers

Wednesday, May 16, 2012

PANIK: Berahim Ali dah kena terajang... kahkahkah...

 
UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga

GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.

UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
 
 Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. -BERNAMA
 
 
Shalehudin


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.