UMNO
DALAM TEKANAN!!!
RAMAI YANG TIDAK SENANG DGN TINGKAH LAKU PARTI ITU YG
JAUH TERSASAR DARI PERJUANGANNYA DALAM MAKSUD LAINNYA POLITIK KOTOR YANG
MELAMPAU DAN MEMBERI KESAN PADA PARTI ITU ...
RAKYAT BIJAK CERDIK
MEMANDANG SERONG PADA ORG UMNO DEK KERANA PERANGAI PEMIMPIN MEREKA
SENDIRI
BATU GAJAH, PERAK: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar par ti
dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut
adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal
menjaga orang melayu dan tidak lagi releven. “Saya hari ini
mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,”
katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam
pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang
membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan
dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh
kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,”
ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan
tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau
adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan,
pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan
Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan
mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
“Sudah terlambat, saya
tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh
ke belakang. “Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno
dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga
Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di
cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan
Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam
pengisytiharan itu mengalu -alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar
menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan,
Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno
tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual
pasir. “Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan
lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain
turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai
perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut
ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.
CONGRATULATIONS BUAT KALIAN! BERANI KERANA BENAR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.