Followers

Saturday, May 19, 2012

"Haramjadah" Sudah Mula Menimpa Najib Dan UMNO

 
Scorpene: Mahkamah Perancis mula perbicaraan pembabitan Najib kes rasuah RM800 juta
KUALA LUMPUR 18 Mei: Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Laporan daripada The Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia.

Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong.

The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene.


Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.

“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.

The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada. -KD
Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul

KUALA LUMPUR 18 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.

“Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.

“Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu),” kata Shamsul.

Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, “Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara,” kata beliau.

Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.

Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.

Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.
-kd

Ulasan GB

Baru beberapa hari GB tulis, bahawa ungkapan "haramjadah" yang disebutkan oleh Najib terhadap peneroka yang tidak bersetuju dengan beliau yang dimakinya dengan haramjadah", maka Najib sendirilah yang bakal menerima padahnya.

Akhirnya apa ynag GB tulis menjadi kenyataan. Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib ingat beliau sudah terlalu berkuasa sedangkan beliau lupa beliau boleh jatuh pada bila-bila masa dan dalam sekelip mata... suka-suka nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri..
.


Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.