TUMPAT – Pondok Berangan di Kampung
Berangan memutuskan untuk menolak peruntukan RM100,000 pemberian
daripada Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pondok Berangan antara lima pondok di negeri ini yang tersenarai akan
menerima peruntukan itu ketika perjumpaan khas Muhyiddin dengan pengasas
pondok Geting (Pondok An–Najmiah) di sini, Abdullah Samah pada 24 April
lalu.
Guru Pondok Berangan, Muhammad Ali berkata, dia menolak peruntukan itu
kerana sejak pondok ini dibuka 70 tahun lalu, pihak pengurusan pondok di
sini pada zaman pengasasnya lagi tidak pernah menerima bantuan daripada
Kerajaan Persekutuan.
“Memang ada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dihulurkan untuk
membantu pondok ini, tetapi ditolak oleh pengasas pondok ini.
“Disebabkan itu, saya sebagai generasi kedua juga akan berbuat demikian,
menolak bantuan RM100,000 untuk pembangunan pondok yang diumumkan
Timbalan Perdana Menteri ketika berkunjung ke Pondok Geting baru–baru
ini.
“Pihak saya pun setakat ini tidak menerima apa–apa lagi berkaitan
wang peruntukan itu,” katanya ketika ditemui di pondoknya semalam.
Pondok Berangan diasaskan Allahyarham Yaakob Ishak dikenali sebagai Tok
Guru Kob, membuka pusat pengajian pondok ini pada tahun 1942.
Sekarang ini seramai 35 pelajar lelaki dan perempuan mengikuti pengajian
pondok di sini dan ada diantara mereka dari Kemboja, Thailand dan
Pahang.
Sebanyak 30 pondok disediakan sebagai tempat tinggal pelajar tersebut.
Pada 25 April lalu, Sinar Harian menyiarkan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk membantu
lima pusat pengajian pondok dibawah Persatuan Ulama’ Minda Pondok di
negeri ini.
Antara pondok itu ialah Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal
Besar, Pondok Pulau Ular dan Pondok Geting.
Manjadda Wajada
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.