Followers

Sunday, May 13, 2012

BERITA TIPU: PRU13 TAK JADI 9 JUN !!

 
SIAPA YANG PENAT?
PRU13 akan berlangsung pada 9 Jun 2012. Komer percayakah? BN sengaja bocorkan berita itu supaya PR kelam kelibut membuat persediaan, jadi tak sempat buat BERSIH 4.0. Kemudian demer kata tak jadi PRU13. Jadi jentera PR exhausted. Bila betoi2 ada PRU13, PR dah letih. Itulah yang demer nak buat. 
 
Tapi demer lupa. Kumpulan yang telah mendapat latihan intensif dari FRU dalam BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 takkan letih sebelum tercapai matlamat menggantikan kerajaan yang ZALIM kepada yang ADIL melalui sistem pilihanraya yang bersih. Gerombolan yang manja, tak pernah mengenal susah payah itulah yang akan letih! Hahaha.

Kenapa Yong kata 9 Jun bukan tarikh PRU13, walaupun Yong pernah membuat ramalan ini terdahulu (di sini). Ini kerana Bahagian Kajian Strategik mendapati, ramai cikgu2 telah berpaling tadah. Cikgu2 fedup dengan beban kerja yang semakin meningkat, sedangkan kenaikan gaji hanya seciput. 
 
Jadi, jika dibuat di hujung cuti sekolah, cikgu2 akan mengambil kesempatan ini untuk pergi kempen dan mendengar ceramah PR. Ini amat berbahaya bagi BN. Cuti sekolah bukan waktu yang memberi kelebihan pada BN. Jadi nak buat macam mana?

Ada ahli UMNO (sepeti Ku Li) yang mahu tuntutan BERSIH dipertimbangkan kerana mahu menang atau kalah dalam pilihanraya yang bersih. Tapi risiko menangguh PRU13 amat tinggi bagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal scorpene. PRU13 mesti diadakan sebelum menteri-menteri berkenaan dapat sapina dari Paris. 
 
BN akan buat-buat buta dan tuli tentang tuntutan BERSIH. Mereka akan adakan pilihanraya pada minggu berikutnya, iaitu 16 Jun 2012. Berita ini Yong dapati dari sumber dalaman. 

Jika dibuat pada hujng bulan Jun atau awal Julai BERSIH 4.0 mungkin akan dilancarkan. BN tak mungkin mampu menangani kecaman antarabangsa lagi jika keganasan berulang. Oleh kerana itu PRU13 akan dibuat tanpa berbuat apa-apa mengenai tuntutan BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 dan BERSIH 4.0 BELUM SEMPAT turun ke jalan raya. 
 
Lagipun, sistem pengurusan maklumat umno belum dapat diuji sepenuhnya. Kalau crash, waduh! bisa modar. 

Kalau lepas Hari Raya, kes scorpene dah meletup! 

Sebenarnya PR dah lama bersedia. Kekalahan adalah asam garam dalam perjuangan politik PR. Kekalahan bagi BN pula bagaikan pukulan maut!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.