Followers

Tuesday, May 15, 2012

Polis Perak tahan 2 lelaki terlibat Bersih 3.0 FREE MALAYSIA TODAY

 
Amirullah Sidek, 43, dari Tambun dan tukang paip, M.Lekchemanan, 52, dari Klebang, berjaya dikesan melalui gambar yang disiarkan oleh akhbar .
 
IPOH:  Polis menahan dua individu, dipercayai terliba tdalam kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata kedua-dua individu itu,peniaga pasar malam, Amirullah Sidek, 43, dari Tambun dan tukang paip, M.Lekchemanan, 52, dari Klebang, berjaya dikesan melalui gambar yang disiarkan oleh akhbar sebelum ini dan ditahan di rumah masing-masing Sabtu lepas.

Shukri berkata kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Kita telah mengenal pasti hanya dua sahaja individu dari Perak yang terbabit dalam kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol ketika sedang menunggang motosikal di sebuah stesen minyak, Jalan Ipoh-Lumut, dekat Manjung, Jumaat lepas.

Beliau berkata lelaki yang berusia 34 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi oleh anggota peronda polis ketika sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.”Pada mulanya lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran polistetapi berjaya ditahan selepas polis mengejarnya sejauh 5km, katanya.

Temui pistol

Katanya polis menemui sepucuk pistol, lapan butir peluru dan empat telefon bimbit dalam beg galas yang disandang lelaki itu.

Lelaki itu yang bekerja sebagai peniaga pasar malam direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, polis menahan enam lelaki berusia 20 hingga 35 tahun kerana terlibat menyerang seorang pesakit di sebuah hospital swasta di sini, 8 Mei lepas.

Shukri berkata kesemua lelaki itu ditahan Khamis lepas di kawasan Pekan Barudi sini.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lapan hingga 12 lelaki telah melakukan kekecohan di sebuah hospital swasta di sini dengan menyerang seorang pesakit pada pukul 7 pagi.

Siasatan polis mendapati pesakit berkenaan dimasukkan ke wad hospital itu akibat cedera berikutan satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di sini.

Pesakit berkenaan berjaya melarikan diri dengan terjun ke balkoni wad bagi mengelak serangan daripada kumpulan berkenaan.

Kesemua lelaki yang ditahan itu direman seminggu untuk siasatan lanjut .Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.